PUSAT SUMBER SMK ALAM DAMAI
PENGENALAN
PSS SMK Alam ditubuhkan serentak dengan pembukaan sekolah
SMK Alam Damai pada tahun 2010. Lokasi PSS sekolah ini terletak di bahagian
bawah bangunan blok pentadbiran. Lokasi ini merupakan lokasi yang
strategic laluan pelajar ke kantin dan
dewan sekolah. Untuk makluman, PSS sekolah ini belum beroperasi sepanjang tahun
2010 kerana belum mendapat bahan bacaan yang secukupnya. Pada tahun 2011, PSS
memulakan khidmatnya selewat-lewatnya pada bulan April. Untuk menjadi ahli PSS,
setiap pelajar dan guru perlu mempunyai kad keahlian dengan bayaran sebanyak RM
5.00 yang boleh digunakan daripada tingkatan
1 hingga tingkatan 5.
VISI PSS
Sumber ilmu
pengetahuan menjana pelajar cemerlang ilmu, sahsiah diri dan kokurikulum
sepanjang hayat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MISI PSS
Menjadikan Pusat
Sumber Sekolah sumber ilmu pengetahuan cemerlang
MOTTO PSS
“Pusat Sumber Teman
Ilmu Sepanjang Hayat”
OBJEKTIF PSS
- Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
- Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran
- Meningkatkan profesionalisme guru
- Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat
- Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran
- Mengembangkan kemahiran penyelidikan dan pencarian maklumat
- Memupuk minat belajar sendiri dan menyelidik melalui pusat sumber
PIAGAM PSS
Kami warga PSS SMK
Alam Damai dengan ini akan berusaha sedaya upaya kami …
- Menyediakan perkhidmatan PSS yang terbaik dan cemerlang
- Memastikan segala keperluan dan kemudahan dapat membantu pembelajaran dan pengajaran warga sekolah
- Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menarik minat warga SMK Alam Damai berkunjung ke PSS
PROGRAM NILAM
Program NILAM atau akronimnya Nadi Ilmu Amalan Membaca
merupakan satu usaha kearah memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan
guru sekolah ini. Program ini dijalankan setiap hari Jumaat waktu pertama bagi
tingkatan 1,2,3 dan 4 di dewan sekolah. Oleh itu pelajar perlu ada buku NILAM
sebanyak dua buah untuk NILAM Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
KEMUDAHAN DI PSS
KEMUDAHAN DI PSS
b)
Koleksi bahan dan alatan untuk individu &
kumpulan dalam pembelajaran
c)
Pusat Ilmu rujukan pelbagai bahan dan alatan
d)
Koleksi bahan dan alatan untuk individu &
kumpulan dalam Pembelajaran
No comments:
Post a Comment